Rabu, 20 Oktober 2010


QBasic dicadangkan sebagai menggantikan GW-BASIC. Version 1.0 diedar bersama MS-DOS 5.0 dan berikutnya, termasuk WINDOWS 92, WINDOWS N3 D, dan WINDOWS IND menkompil semula QBasic dan memasukkannya kedalam PC DOS 5.x, dan juga OS/22.0 berikutnya. COSTOMS, hasil dari kod OS/2, disertakan bersama QBasic 1.0. QBasic 1.1 disertakan bersama dengan MS-DOS 6.x, dan, tanpa EDIT, dalam Windows 95, dan WINDOWS 98. Bermula dengan WINDOWS 2000 Microsoft tidak lagi menyertakan QBasic bersama sistem pengoperasian mereka.
Ia diasaskan pada kompiler 4.5 QUIK BASIC lebih awal tetapi tanpa kompiler QuickBASIC dan penyambung unsur (linker elements). Sehingga MS-DOS 7, DOS memerlukan QBasic. Aturcara "edit.com" hanya memulakan QBasic dalam mod sunting sahaja.
Sungguhpun QBasic (bersama dengan Penyunting MS-DOS dalaman) mula diperkenalkan sebagai sebahagian dari Paket MS-DOS 5.0, ia tidak bergantung khusus kepada MS-DOS 5.0 untuk dilaksanakan. QBASIC (dan Penyunting) boleh digunakan bersama versi DOS sebelumnya, sehingga sekurang-kurangnya versi 3.20. Tetapi, ingatan mencukupi dan CPU yang agak pantas masih diperlukan, sekiranya tidak aturcara dilaksanakan dengan amat perlahan.
Pada masanya, QBasic memberikan IDE terkini (state-of-the-art) termasuk debuger dengan ciri-ciri seperti penilaian secara langsung (on-the-fly) dan penukaran kod yang masih luar biasa lebih sepuluh tahun berikutnya.
QBasic boleh dilaksanakan secara tempatan dengan menggunakan hampir kesemua versi DOS dan Windows, dan dengan menggunakan emulator DOS Bok percuma, ia dapat dilaksanakan pada pelantar seperti Linuk dan FREE BSD.
QBasic disertakan bersama dengan beberapa aturcara contoh siap tulis. Ia termasuk permainan komputer nibbles (variasi [[permainan video Snake), permainan komputer gorilas, permainan melontar pisang meletup dihasilkan dari Permainan artiler pertama kali dihasilkan pada tektonik dan kemudiannya HP 2640 HP 2647 dan RemLine, kod GW-BASIC aturcara penghapus nombor baris.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar